akuarium ikan comel
Selasa, 4 Disember 2018 | 4:51 PG | 0 student comel
assalamualaikummalam ni cikgu amy nk kongsi aktiviti akuarium ikan comel. nanti cikgu cekgi boleh try

okey lets start guys.
okay memula cikgu amy lukis gambar ikan sebesar kertas A4. lepas tu bagi student warnakan. untuk awal-awal pembelajaran cikgu amy suka bagi kebebasan untuk anak-anak pilih nak warna apa. tapi for the last , cikgu kena bagitau la benda yang betul . okay ?
![]() |
| semangat student i colour2. hehe |
oh ya , cikgu amy akan tunjukkan contoh / sample akaurium yang dah siap.
lepas tu lekatkan jela ikan tadi di akaurium tu . macam gambar kat bawah. nak bagi dia timbul ikan tu , cikgu amy pilih penyedut minuman . biaq nampak sikit ikan tu.
![]() |
| haa cenggini. |
Label: aktiviti 5-6 tahun
haiwan kesayangan saya
Isnin, 3 Disember 2018 | 1:43 PG | 0 student comel
ASSALAMUALAIKUMcikgu amy nak share
contoh aktiviti untuk tema haiwan
.aktiviti ni , sangat simple tapi tujuan utama untuk tingkatkan self confident kanak-kanak.
dalam aktiviti ni, cikgu amy bagi kebebasan kepada student cikgu amy untuk pilih ape sahaja haiwan yang mereka suka. Sebelum tu, kita pelbagaikan soalan kepada kanak-kanak. contoh soalan "kenapa adik suka haiwan ni?" kenapa suka haiwan ni?" dan lain-lain. Semasa sesi soal jawab berlangsung, eye contact kanak-kanak tersebut dengan guru dan rakan dapat diwujudkan. Mereka akan rasa lebih yakin.
aktiviti sampingan , cikgu amy lukiskan apa saja haiwan yang mereka inginkan . diaorang akan warna gambar tersebut, kemudian lepas siap warna , kena tampilkan kedepan . cikgu amy buat ala-ala prensentation gituww . HAHA . kat situ la kita boleh lihat kanak-kanak kita macam mana. ada yang boleh cakap dengan baik, ada yang menangis.
Label: aktiviti 5-6 tahun
tema diri saya
| 1:28 PG | 0 student comel
Assalamualaikum.
cikgu amy is backkkkk

untuk pertama kalinya, cikgu amy nak share aktiviti yang cikgu amy lakukan dengan student comel cikgu amy. Aktiviti ni , sesuai untuk tema diri saya , anggota muka, kawan saya.
Aktiviti sangat mudah , jimat kos dan student confirm HAPPY

Bahan& Alatan
Kad manila ( muka )
Benang ( untuk rambutnya )
Mata ( boleh dapatkan di DIY )
Penyedut minuman/ batang aiskrim
Gunting
Pelekat
Cara-cara
1. cikgu boleh lukis dan gunting sesiap untuk bahagian muka puppet. buat bulat bulat je tau.
2. time ni boleh la suruh student cikgu , warnakan , tampal mata, lukis hidung, mulut dan telinga.
3. for the last , cikgu tolong lekatkan penyedut minuman dengan puppet yang telah siap.
4. tadaaa hasilnya macam dalam gambar kat atas tu.
Label: aktiviti 5-6 tahun
aktiviti penanda buku
Jumaat, 19 Ogos 2016 | 9:12 PG | 0 student comel
assalamualaikumsegmen kali ni cikgu amy nak lakukan aktiviti kreatif untuk kanak-kanak 5-6 tahun. yang boleh warna pun boleh jugak buat . "penanda buku boleh bertemakan dengan pembelajaran iaitu Diri Saya, Anggota Kepala. selamat mencuba
bahan-bahan
gambar bentuk muka yang belum diwarna ( cikgu amy lukis garisan putus-putus)
pensil warna
gunting
salotip
riben
kertas warna ( cikgu amy potong khas bentuk ala-ala pensil )
cara-cara
okay , mula-mula , cikgu amy bagi kertas gambar muka macam kat atas tu tapi yang belum diwarnakan lagi tou tou tou . cikgu amy bagi gambar ikut jantina murid . okay ? nanti kan takut keliru identiti diorang, hehe . gambar kat atas tu , murid yang disiap warna . cantik kan ?
haa , time ni diorang tengah warna. cikgu duk amik gambar jaa . biarkan diorang warna mengikut kreativiti diorang . okay ? yang baru nak acah-acah warna tu , cikgu pegang tangan pastu suruh budak tu gerak sendiri . kita kawal je . okay cikgu ?
lepas siap warna cantik cantik , cikgu gunting tau , nampak cantik sikit lagipun bahaya sikit part mengunting ni. lepas gunting tu , ambil kertas untuk buat penanda buku tu , cikgu amy buat bentuk pensil , kalau cikgu cikgu nak buat idea lain pun okay . lepastu lekatkan aje kertas tu dengan pelekat di belakang kepala kertas yang diguntingkan tu. paham ?
dum dum dum * bunyi drum menanda kan anak murid cikgu amy berjaya menyiapkan penanda buku. cantik sangat kan ? selamat mencuba ! * untuk hargai hasil diorang tuliskan nama diorang di penanda buku . jangan bagi gula-gula okay ?
Label: aktiviti 5-6 tahun
aktiviti 5-6 tahun ( puppet cita-cita saya)
Khamis, 18 Ogos 2016 | 10:34 PTG | 0 student comel
assalamualaikum,okay, pada set induksi , cikgu amy membawa alat-alatan (bahan maujud) yang berkaitan dengan pekerjaan guru ( pensil, buku) polis ( pistol) doktor (ubat-ubatan dan jarum) petani( cangkul). cikgu amy hanya melakukan teka teki menggunakan alat tersebut untuk menarik minat kanak-kanak di awal pembelajaran . memang serunuk laaa mereka . hehe . lepastu , macam biasa la kene ajar sikit diorang pasal pekerjaan ni, kalau ada lagu lagi best.
ni langkah-langkah membuat puppet pekerjaan.
bahan-bahan
![]()
gambar pekerjaan ( hitam putih )
pensil warna / crayon
salotip
gunting
penyedut minuman ( straw )
sediakan gambar hitam putih untuk kanak-kanak mewarna.
bagi arahan dengan ayat yang mudah untuk kanak-kanak fahami dan menyuruh mereka mewarna mengikut kreativiti masing-masing( cikgu jgn rajin2 nak tolong warnakn ya . )
setelah siap mewarna , guru boleh tolong guntingkn gambar. ( time ni cikgu boleh buat2 rajin)
kemudian , ambil salotip & penyedut minuman ( straw ) tampalkan di bahgian belakang gambar. dah siappp


bagi penutup pelajaran , kanak-kanak diminta untuk menunjukkan puppet kepada kawan-kawan mereka dan menceritakan tentang cita-cita yang dipilih 
Label: aktiviti 5-6 tahun







gambar bentuk muka yang belum diwarna ( cikgu amy lukis garisan putus-putus)
pensil warna
gunting
salotip
riben
kertas warna ( cikgu amy potong khas bentuk ala-ala pensil )



bahan-bahan
gambar pekerjaan ( hitam putih )
pensil warna / crayon
salotip
gunting
penyedut minuman ( straw )





visitor : cute student(s) 



