aktiviti penanda buku
Jumaat, 19 Ogos 2016 | 9:12 PG | 0 student comel
 assalamualaikum

segmen kali ni cikgu amy nak lakukan aktiviti kreatif untuk kanak-kanak 5-6 tahun. yang boleh warna pun boleh jugak buat . "penanda buku boleh bertemakan dengan pembelajaran iaitu Diri Saya, Anggota Kepala. selamat mencuba

bahan-bahan

gambar bentuk muka yang belum diwarna ( cikgu amy lukis garisan putus-putus)
pensil warna
gunting
salotip
riben
kertas warna ( cikgu amy potong khas bentuk ala-ala pensil )

cara-cara


okay , mula-mula , cikgu amy bagi kertas gambar muka macam kat atas tu tapi yang belum diwarnakan lagi tou tou tou . cikgu amy bagi gambar ikut jantina murid . okay ? nanti kan takut keliru identiti diorang, hehe . gambar kat atas tu , murid yang disiap warna . cantik kan ?


haa , time ni diorang tengah warna. cikgu duk amik gambar jaa . biarkan diorang warna mengikut kreativiti diorang . okay ? yang baru nak acah-acah warna tu , cikgu pegang tangan pastu suruh budak tu gerak sendiri . kita kawal je . okay cikgu ? 


lepas siap warna cantik cantik , cikgu gunting tau , nampak cantik sikit lagipun bahaya sikit part mengunting ni. lepas gunting tu , ambil kertas untuk buat penanda buku tu , cikgu amy buat bentuk pensil , kalau cikgu cikgu nak buat idea lain pun okay . lepastu lekatkan aje kertas tu dengan pelekat di belakang kepala kertas yang diguntingkan tu. paham ?


dum dum dum * bunyi drum menanda kan anak murid cikgu amy berjaya menyiapkan penanda buku. cantik sangat kan ? selamat mencuba ! * untuk hargai hasil diorang tuliskan nama diorang di penanda buku . jangan bagi gula-gula okay ? 

Label:


❀ بِسْــــمِ.ﷲِالرَّحْمَنِ.الرَّحِيم ❀
assalamualaikum|hai reader(s) :cikgu amy here ❤! press button for listen a cute song♪ ♫

visitor : cute student(s) 
MOOD : i'm happy.


home
menu

❁geng 95✿
✿ex student KPTM❁
❁dip pend.awal kanak-kanak✿
✿this belog for share about children's education❁
Contact Me : FB | offical blog | instagram


✎ chit chat disini dengan cikgu amy
☂ leave your url link belog
✿ chat yg baikbaik , no negative say here also iklan merapu.